NIBONG TEBAL - Misteri menyelubungi seorang lelaki apabila sebanyak 19 buah motosikal yang diletakkan di premis kereta sewa miliknya sebagai cagaran sekiranya pelanggan gagal menjelaskan sewa hangus dalam kejadian di Kampung Kepala Gajah, Simpang Ampat di sini semalam.
Turut rosak dalam kejadian pukul 4.30 pagi itu ialah sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang diletakkan berhampiran longgokan motosikal tersebut.
Sehingga kini, polis masih menjalankan siasatan sama ada kejadian itu melibatkan unsur khianat atau sebaliknya.
Difahamkan, kesemua motosikal yang terlibat dalam kejadian itu merupakan milik pelanggan premis berkenaan. Ia sebagai cagaran sekiranya mereka gagal melunaskan bayaran sewa kereta yang ditetapkan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, kebakaran tersebut disedari oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan sebelum menghubungi bomba.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: