SINGAPURA - Seorang wanita dari Belgium, Ines van Gucht berusia 27 tahun semalam memenangi wang tunai AS$3,000 (RM9,282) kerana memenangi tempat pertama pertandingan mencipta keranda ceria.
Wanita itu menghiasi sebuah keranda yang menunjukkan satu makhluk berwarna gelap yang dianggapnya sebagai seorang rakan yang akan menemaninya selepas dia meninggal dunia.
Sebanyak enam rekaan dari 733 permohonan dijadikan hiasan keranda peribadi dalam pertandingan yang dianjurkan dengan kerjasama rumah kebajikan St. Joseph's Home di sini.
Dalam pertandingan itu, terdapat rekaan hiasan keranda yang mirip batang coklat dan lukisan mengenai makanan malam.
Tiga wanita Singapura yang tinggal di rumah kebajikan itu turut mencipta hiasan keranda masing-masing bersama artis tempatan dalam projek keranda ceria.
Ketiga-tiga wanita itu akan menggunakan keranda 'berhias' itu apabila mereka meninggal dunia.
"Saya berasa gembira dengan keranda ini," kata salah seorang wanita itu, Elsie Chua yang berumur 76 tahun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: