Thursday, September 30, 2010

Terminal baru siap November ini


SYED HAMID (dua dari kiri) semasa melawat Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan di sini dijangka menampung sehingga 40,000 pengguna setiap hari apabila beroperasi sepenuhnya akhir tahun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, terminal bernilai RM570 juta yang dilengkapi dengan sistem elektronik itu akan menjadi hab operasi bas ekspres ke negeri-negeri di selatan.

“Kita yakin terminal ini akan memberi lebih keselesaan kepada orang ramai menggunakan pengangkutan awam selain menangani masalah ulat tiket kerana tiket-tiket akan dijual dan dicetak secara dalam talian.

“Kesemua ini adalah petanda baik apabila bercakap tentang sistem pengangkutan yang efisien dan mesra pengguna,” katanya selepas mengadakan lawatan ke terminal itu semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: