Thursday, September 30, 2010

Sila Kritik Lakonan dan Nyanyian Saya - Diana Danielle

Buat pertama kalinya peminat dapat melihat kebolehan dan bakat sebenar selebriti jelita ini. Filem arahan Edry KRU, Magika membuka mata peminat sekaligus membuktikan Diana Daniella mampu berlakon dan menyanyi dalam filem muzikal ini.

Tidak dinafikan, watak yang dipegang itu amat sukar untuk direalisasikan, lebih-lebih lagi menuntut risiko besar apabila diminta menyumbangkan suara dalam filem tersebut.

"Saya bukannya penyanyi sebenar dan bakat saya hanyalah pada lakonan. Saya tak pernah masuk kelas vokal dan apa yang ditonjolkan pada watak Ayu, itulah yang terbaik mampu dilakukan.

"Ini merupakan filem muzikal saya yang pertama dan penglibatan bersama produksi ini benar-benar dapat mencabar keupayaan. Sangat sukar untuk berlakon sambil menyanyi dan takut jika saya tak dapat sampaikan mesej sebenar kepada penonton. Dan saya alu-alukan kritikan," ujarnya.

Teruja Dengan Mawi

Satu pengalaman baru yang sukar dilupakan apabila digandingkan dengan Mawi. Baginya walaupun agak sukar untuk mencari keserasian, namun kedua-duanya berjaya membawakan watak dengan baik.

"Saya segan dengan Mawi dan tidak begitu selesa dengannya. Namun itulah yang harus ditonjolkan dalam Magika. Ayu dan Badang harus kelihatan janggal ketika bersama.

"Pada waktu itu, Mawi merupakan satu fenomena dalam industri dan membuatkan saya lebih gugup untuk berlakon dengannya," katanya yang bakal muncul dalam filem Dalam Botol arahan Khir Rahman.

2 comments:

  1. emmm....... no komen!!..........

    ReplyDelete
  2. Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? kami juga menyediakan pinjaman akhir tahun, pinjaman untuk christmas pakej, tahun baru, seorang sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: