KERAJAAN negeri Perlis akan mewujudkan satu taman halal di Padang Besar tidak lama lagi bagi mengeluar dan memasarkan produk halal bagi pasaran tempatan dan antarabangsa.
TELITI...Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Dr Md Isa (kiri) meneliti dokumen Persatuan Islam China, di Beijing, semalam.
Dr Md Isa dengan Duta Malaysia ke China Datuk Iskandar Sarudin, mengetuai delegasi Malaysia melawat Wilayah Autonomi Ningxia Hui sempena pemeran itu.
Lebih 15 syarikat Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyertai pameran Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa China (Ningxia) bagi mempromosikan produk Malaysia.
“Adalah penting bagi menempatkan Taman Halal Perlis di sempadan Malaysia-Thailand yang memudahkan kita memasarkan dan mengangkut produk halal ke pasaran antarabangsa.” Katanya permintaan mendapatkan produk halal diperoleh dari pasaran tempatan dan negara Islam lain di wilayah antarabangsa berdekatan. Wilayah Autonomi Ningxia dan Wilayah Autonomi Xinjiang di China mempunyai jumlah penduduk Islam yang besar. “Lawatan ke Ningxia juga bertujuan meneroka peluang perdagangan dan menarik pelaburan ke Perlis,” katanya. Beliau juga mahu membawa industri makanan halal dari China dan membantu memasarkannya di pasaran Malaysia dan antarabangsa dengan Taman Halal Perlis boleh menjadi pintu keluar untuk memasarkan produk itu. “Saya juga mahukan industri halal di Perlis menarik rakan-rakan mereka dari China, bagi saling membawa produk ke pasaran satu sama lain,” katanya. Selain industri halal, Dr Md Isa berkata, Perlis juga berminat menarik pelaburan China dalam sektor kejuruteraan dan berteknologi tinggi untuk melabur di Malaysia, terutama sekali di Perlis.” Katanya Perlis mewujudkan Taman Perindustrian Berteknologi Tinggi Pauh dan menyediakan insentif untuk menarik syarikat berteknologi tinggi itu.
Md Isa dan Iskandar juga menemui Gabenor Ningxia Wang Zhengwei petang kelmarin bagi membincangkan kerjasama perdagangan dan pelaburan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: