Wednesday, September 1, 2010

Sambutan merdeka meriah


KEMERIAHAN sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Sambutan kemerdekaan negara ke-53 peringkat nasional semalam tetap meriah dan mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya diadakan di ruang tertutup di Stadium Putra di Bukit Jalil, bagi menghormati kemuliaan bulan Ramadan.

Biarpun tanpa sebarang acara perbarisan, sambutannya tetap diwarnai dengan pelbagai acara menarik.

Dengan bertema '1Malaysia Menjana Transformasi', kemeriahan sambutan dikongsi dengan kehadiran 10,000 pengunjung yang turut membawa Jalur Gemilang.

Sambutan bermula pada pukul 8 pagi sebaik sahaja Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah tiba.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan menteri-menteri Kabinet yang lengkap berpakaian batik 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: