Wednesday, September 29, 2010

Cakera keras RM4j hilang ditemui


OMAR (kanan) menunjukkan cakera keras yang dijumpai semula pada sidang akhbar di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Polis berjaya menyelesaikan satu kes kecurian cakera keras komputer untuk kamera litar tertutup (CCTV) bernilai RM4 juta dari sebuah gudang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menahan 10 lelaki termasuk pekerja gudang.

Dengan penahanan itu, polis menemui semula sebahagian besar cakera keras tersebut yang disembunyikan di sebuah rumah teres di Behrang, Tanjung Malim, Perak.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kecurian tersebut didalangi dua lelaki yang merupakan pekerja dan bekas pekerja gudang tersebut.

"Satu laporan polis mengenai kehilangan sebuah lori dengan muatan cakera keras telah dibuat oleh penolong pengurus gudang pada pukul 7 pagi Sabtu lalu.

"Polis kemudiannya menahan tujuh pekerja gudang termasuk tiga orang dari gudang bersebelahan dan seorang bekas pekerja di situ," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: