Tuesday, September 28, 2010

Rokok seludup RM5.6j dirampas


ZULKIFLI (dua dari kiri) menunjukkan rokok putih seludup yang dirampas di Seremban semalam.


SEREMBAN - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berjaya menggagalkan dua kes penyeludupan rokok putih seludup pelbagai jenama bernilai RM5.6 juta termasuk cukai dan menahan lapan lelaki dalam dua kes berasingan di Melaka dan Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Zulkifli Yahya berkata, dalam kes pertama, pihaknya merampas 46,450 karton rokok seludup berkenaan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Linggi, Melaka pada pukul 7.15 malam.

"Bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota kastam telah menahan enam lelaki berusia 30 hingga 50 tahun sewaktu mereka melakukan kerja pemunggahan di jeti tersebut.

"Sebanyak 46,450 karton rokok putih seludup bernilai RM4.4 juta termasuk cukai ditemui di dalam bot kargo dan stor di jeti tersebut," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 153(1)(a) dan (d) Akta Kastam 1967 kerana terlibat memiliki, menyimpan dan mengimport barang belum lulus kastam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: