
“Saya berangan untuk jadi seorang pengarah drama pula selepas ini, malah saya sudah mempunyai idea mengenai cerita apa yang akan saya arahkan nanti. ” katanya kepada Sinar Harian.
Bukan sekadar mengarah, anak jati Negeri Sembilan juga teringin untuk menjadi penulis skrip.
Katanya, dia kini sudah pun mula menulis skrip setiap kali ada masa kelapangan.
“Mungkin orang kata saya berangan, tapi saya masih mahukan angan-angan ini jadi kenyataan satu hari nanti.
“Saya mahu hasilkan suatu karya yang baru untuk dihidangkan kepada penonton dan kebanyakan idea yang saya dapat itu adalah dari mimpi-mimpi saya,” katanya.
Selain itu, buah hati kepada pelakon jelita, Irma Hasmie ini juga bakal menjadi penyanyi dan komposer tidak lama lagi.
“Saya ada menulis lirik lagu dan bakal keluar dengan single pertama Lu Fikirlah Sendiri bersama Ajai tidak lama lagi. Menyusul selepas itu, lagu berjudul, Ambil Balik.
“Buat masa ini, saya hanya akan keluarkan 'single' dulu. Bila dah banyak barulah saya kumpulkan dalam satu album pula,” katanya.
Sejak menjuarai Raja Lawak Astro musim kedua lalu, Nabil banyak menerima tawaran lakonan. Selain dapat membintangi beberapa filem dan drama, tawaran sebagai pengacara TV juga masih rancak.
Namun, dalam mengacapi kemasyhuran, anak muda yang terkenal dengan sikap yang ‘lurus’ ini juga tidak terkecuali dari dihimpit kontroversi. Malah lakonannya juga masih dikritik hingga ke hari ini.
“Sebagai artis, saya memang tidak dapat lari dari kontroversi mahupun kritikan. Tapi saya akan cuba buat yang terbaik demi karier dan peminat saya,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: