Tuesday, September 28, 2010

Kangna seksi dan solo


KANGNA mengaku tak tahu makna seksi.


KANGNA Ranaut mengakui dirinya masih belum memiliki teman istimewa saat ini. "Saya sekarang ini solo dan tentunya semakin seksi," katanya sambil ketawa.

Namun akui Kangna: "Saya sangat naif apabila bercakap tentang perkara-perkara yang membabitkan soal hati dan perasaan. Saya akan menjadi berhati-hati dengan lelaki pilihan saya nanti."

Justeru adakah Kangna sedang mencari cinta? "Sudah tentu. Tetapi saya bukan terdesak sangat. Siapa juga lelaki yang akan menjadi teman lelaki saya nanti, dia perlu mencintai saya dan bukan diri saya sebagai seorang aktres. Saya lebih rela solo daripada tidak dihormati oleh pasangan kekasih saya," tegas Kangna.

Bagaimana pula dengan laporan media mengatakan aktres seksi Mallika Sherawat yang bergandingan dengan Kangna menerusi filem Dhamaal 2 dikatakan berasa tergugat dengan keseksian Kangna?

"Pertama, saya sendiri tidak faham apakah makna seksi itu. Menjadi seksi bukan seperti gincu yang boleh dioles pada bibir pada bila-bila masa Ia adalah apa yang membentuk diri anda. Jadi kenapa harus berasa tidak selamat dengan keseksian diri sendiri? Tentang Malikka, saya sememangnya amat menghormati dirinya, itu sahaja yang boleh saya cakap," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: