Wednesday, September 29, 2010

Naik Zeppelin tengok ikan paus


DUA ekor ikan paus pembunuh berenang di laut pantai barat Amerika Syarikat (AS) pada 8 September lalu.


WASHINGTON - Sebuah syarikat yang beribu pejabat di California, Amerika Syarikat (AS), Airship Ventures menggunakan pesawat era 1930-an, Zeppelin untuk menerbangkan sekumpulan saintis pada 8 Sepetember lalu selama sehari untuk merakamkan filem dan gambar ikan paus di pantai barat negara itu.

Pada kebiasaannya, bayaran sebanyak AS$200 (RM618) hingga AS$1,000 (RM3,094) setiap orang dikenakan untuk menaiki pesawat Zeppelin itu yang diberi nama Eureka.

Saintis-saintis itu mampu untuk melihat berpuluh-puluh ikan paus yang berenang dalam beberapa kumpulan di pantai negeri California.

Pemilik firma itu, Brian Hall membeli Zeppelin pada 2006 selepas dia terbang dengan pesawat udara tersebut semasa melawat Jerman.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: