|
|
WANITA tidak dapat mengenepikan keinginan untuk memakai baju cantik. Sudah menjadi sifat semulajadi wanita mahu dirinya sentiasa nampak bergaya dan anggun.
Menyedari kehendak wanita, Butik Arca tidak pernah jemu mencari dan menghasilkan rekaan baju yang mampu memenuhi kehendak wanita.
Terkini, Butik Arca tampil dengan rekaan baju kurung moden dan baju kurung Pahang yang dibuat daripada fabrik kain kapas dan syifon.
Ini bagi memberi pilihan kepada pelanggan kerana ada yang selesa dengan fabrik kain kapas yang sedang menjadi trend pada masa kini dan terdapat juga pelanggan yang tidak dapat lari daripada memilih baju daripada fabrik syifon yang lembut.
Baju kurung daripada kain kapas ini diperindahkan dengan jahitan manik yang bercorak-corak pada bahagian leher hingga ke bawah baju. Setiap helai baju berbeza corak jahitan manik. Jahitan manik inilah yang menjadikan baju daripada Butik Arca ini eksklusif.
Bagi wanita yang menyukai baju yang dijahit manik, inilah peluang anda untuk memilikinya pada harga yang berpatutan.
Jika baju daripada kain kapas dihiasi dengan manik, baju kurung Arca daripada syifon pula dihiasi dengan kristal yang berkilauan. Kristal pelbagai warna dilekatkan pada corak baju dan lengan atau kaki baju.
Koleksi daripada Butik Arca ini memang sesuai jika digayakan sama ada ke pejabat, ke majlis, kenduri atau berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat handai.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: