Thursday, September 2, 2010

Gillian sedia kembali bercinta


GILLIAN CHUNG


BINTANG terkenal Hong Kong, Gillian Chung mengakui dia kini sudah bersedia untuk menjalinkan cinta baru selepas terbabit dengan skandal seks yang didalangi bekas kekasihnya, aktor Edison Chen.

"Tidak semua lelaki jahat," ujar Gillian. Tambahnya: "Saya mahu teman lelaki yang memiliki minda yang matang dan menyukai diri saya bukan kerana siapa saya. Dia tidak perlu cuba mengubah diriku ini."

Gillian juga menegaskan dia mahu melakonkan karakter-karakter yang lebih matang di layar perak. "Saya dah biasa melakonkan watak-watak remaja. Sekarang saya mahu melakonkan karakter-karakter yang lebih matang dan mencabar. Malah, saya teruja kalau berlakon watak gila-gila dalam filem komedi slapstik," ujarnya.

Menurut Gillian lagi, "Usia saya kini telah meningkat dewasa untuk mencuba sesuatu yang baru."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: