VICTORIA Beckham dilapor ketakutan teramat sangat baru-baru ini.
Isteri bintang bola sepak itu dikatakan begitu cemas dan tidak selesa kerana ketakutan itu hingga dia terlalu terseksa untuk berdepan dengan kenyataan.
VICTORIA dan Beckham bersama dua anak mereka.
Kebimbangan dia menjadi tua dikatakan semakin menjadi-jadi apabila dia menemui uban di kepalanya. Menurut laporan, dia menangis apabila menemui uban itu.
“Vic menangis ketika pertama kali melihat uban di kepalanya sambil berkata: ‘Saya sudah tua,’” kata sumber yang dipetik oleh Showbizspy, baru-baru ini.
Menurut sumber berkenaan, Victoria yang kini giat terbabit dengan fesyen pakaian, panik dan terkejut. Kebimbangannya mungkin dapat difahami kerana Victoria memang sudah diketahui sangat prihatin dengan penampilannya dan terkenal sebagai ikon fesyen serta selalu berusaha untuk kelihatan secantik mungkin setiap kali muncul di khalayak ramai.
Tak hairanlah, dengan penampilannya yang selalu hampir sempurna, Victoria selalu mendapat pujian sehingga dia takut menjadi tua. “Dia cemas bila menyedari dia dan Beckham akan jadi tua. Tidak pernah dia terkejut seperti itu sebelum ini, kata sumber itu lagi.
Kehidupan rumah tangga pasangan itu selalu menjadi perhatian. Tetapi, kebanyakannya mengenai gosip yang tidak sedap didengar. Namun, kedua-duanya sentiasa mempamerkan kemesraan di depan umum dan Beckham tidak pernah putus memuji isterinya.
Dalam satu wawancara baru-baru ini, bintang bola sepak itu mendedahkan alasan dia terlalu mencintai Victoria.
“Dia isteri yang menakjubkan,” kata Beckham.
Malah banyak hal yang membuat dirinya kagum dengan Victoria, lebih-lebih lagi apabila melihat isterinya menguruskan ketiga-tiga anak mereka - Brooklyn, Romeo dan Cruz.
“Bagi saya, selain menjadi isteri yang baik, dia juga ibu yang hebat,” kata Beckham.Mengenai rahsia dia mengekalkan keharmonian rumah tangganya, lelaki berusia 35 tahun itu berkata, dia sering meluangkan waktu bersama keluarganya, “Kami sudah berkahwin selama 11 tahun. Dan sepanjang itu, kami sentiasa menyediakan waktu khusus untuk bersama,” katanya.
Dalam pada itu, Victoria Beckham akan bergabung dengan pereka fesyen aksesori, Katie Hillier untuk mereka beg tangan koleksi terbarunya.
Menurut laporan majalah Femalefirst, Victoria sudah mempersiapkan konsep awal beg tangan berkenaan.
Mengikut rancangan, koleksi beg tangan hasil rekaannya dengan Katie akan mula berada di pasaran tahun depan.Selain beg tangan, Victoria juga dikatakan sibuk mereka kasut.
“Dia sudah bosan memperagakan rekaan orang lain. Jika dia memakai rekaan Christian Loubotin atau Hermes, orang akan tertarik lalu membelinya. Dia kini mahu mereka sendiri beg dan kasutnya,” kata satu sumber, Sejak mula melancarkan pakaian labelnya, koleksi Victoria menjadi popular dan sering dilihat dipakai oleh bintang ternama seperti Jennifer Lopez and Elle Macpherson.
Selain koleksi beg tangan, Beckham dilapor merancang mereka pakaian untuk isterinya.
Ibu tiga anak itu dikatakan sudah meyakinkan suaminya untuk mereka pakaian lelaki dan pakaian malam dan bintang bola sepak itu kini sibuk mereka pakaian musim sejuk dan panas untuk 2011 selepas akur kepada desakan Victoria.
Sumber berkata: “Victoria cuba memujuk Beckham untuk melakukannya dan akhirnya dia turuti kehendak isterinya.”
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: