Tuesday, August 31, 2010

Artis sambut Merdeka dalam suasana Ramadan

Rakyat Malaysia sememangnya bertuah kerana dapat mengecapi kemerdekaan negara lebih seabad lamanya. Malah tahun ini pastinya lebih unik kerana Hari Kemerdekaan negara yang ke- 53 tahun diraikan dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Bagi artis dan selebriti tanah air, kemerdekaan disambut dengan penuh kesyukuran di samping memahami erti kemerdekaan sebenar. Ikuti komen mereka ::

"Bagi saya erti kemerdekaan sebenar adalah negara kita sudah bebas dan kita juga bebas untuk melakukan apa sahaja. Tetapi, perlu ada batasnya kerana negara kita punya undang-undang. Sempena Hari Kemerdekaan tahun ini yang jatuh dalam bulan puasa, tidak semestinya kita perlu raikan secara besar-besaran, yang penting nawaitu kita. Niat di dalam hati sejauh mana kita menghargai perjuangan orang dahulu dan betapa bangganya kita dengan kemerdekaan negara ini." - Penyanyi/pengacara, Shila Hamzah


"Pada saya, kemerdekaan bermaksud kita sudah bebas daripada penjajah. Kita harus menghargai dan sentiasa kenang kesusahan orang dulu berjuang demi menuntut kemerdekaan. Sempena sambutan kemerdekaan kita tahun ini yang jatuh dalam bulan Ramadan, saya rasa eloklah kita sambut dalam suasana yang lebih sederhana. Walaupun begitu, ia tidak bermakna kita tidak menghargai bulan
kemerdekaan. Cuma kita harus menghormati juga bulan Ramadan." -Pelakon/penyanyi, Faradhiya

"Pada pendapat Shah, merdeka bermaksud kita telah bebas daripada penjajah. Malah sempena bulan puasa ini, merdeka juga bermaksud, kita berjaya melaksanakan rukun Islam ketiga ini dengan baik. Merdeka juga mempunyai banyak maksud. Oleh kerana kita menyambut bulan kemerdekaan dalam bulan puasa, tidak salah kalau kita tukarkan sambutan dengan majlis doa selamat, solat hajat, bacaan Yasin, mendoakan agar negara kita terus mencapai kemerdekaan dan sentiasa aman dan makmur hingga ke akhir zaman.” -Penyanyi, Shah AF8

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: