Monday, August 30, 2010

SPRM digesa siasat MPPP


DUA ahli kariah masjid, Ismail Yahya (kiri) dan Nor Nasir Ali Kader menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung bazar Ramadan di tapak Masjid Umar Ibnu Al-Khattab, Bayan Baru semalam.


BAYAN BARU – “Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta siasat Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berhubung bazar Ramadan di tapak Masjid Umar Ibnu Al-Khattab di sini.”

Itulah gesaan kariah masjid tersebut yang hairan dan kesal apabila permohonan mengurus bazar Ramadan di tapak masjid itu ditolak sebaliknya diberi kepada seorang individu lain.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kariah masjid berkenaan, Sulaiman Yahya, sejak 15 tahun lalu, bazar Ramadan yang disifatkan antara yang terbesar di negeri ini diuruskan oleh kariah masjid tanpa sebarang masalah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: