Sunday, August 29, 2010

Silat jadi ‘benteng tambahan’

“WALAUPUN nampak ganas ketika berlatih, tetapi adab tidak ketepikan. Sehebat atau setangkas mana sekalipun, kami disemai dengan sikap saling hormat-menghormati di antara satu sama lain.

MANTAP...aksi ditunjukkan pelatih.
MANTAP...aksi ditunjukkan pelatih.


Kerani bank itu berkata, sebagai anak muda,penyertaan dalam seni mempertahankan diri itu memberinya lebih banyak ruang untuk melakukan perkara berfaedah dan paling penting tubuhnya sentiasa sihat, manakala semangat pula terus membara.

“Cabaran untuk anak muda seperti saya banyak. Benteng kepada saya mengelak terbabit dengan benda tidak elok kebiasaannya adalah ibu bapa tetapi dengan penyertaan dalam Pewajar, terutama kelas seni mempertahankan diri, ia menjadi ‘benteng tambahan’ kepada saya.


“Kami didedahkan dengan adab yang perlu diamalkan bukan saja sesama ahli tetapi juga masyarakat. Diakui, seni mempertahankan diri yang dipelajari membantu membentuk disiplin dan sahsiah diri, namun tanpa adab, mustahil untuk kita memperolehnya,” katanya.

Mohd Firdaus yang mencapai tahap guru muda berkata, seni mempertahankan diri yang dipelajarinya turut dijadikan kayu pengukur menguji diri sendiri.

“Penyertaan dalam kelas seni mempertahankan diri ini memerlukan kita berdisiplin. Justeru, bolehkah kita menepati masa dan mengikuti segala latihan diberi?

“Di sinilah saya cabar diri sendiri bahawa mahu tidak mahu, saya perlu mengikuti­nya. Jika cabaran sebegini tak boleh ikut, bagaimana mahu berdepan cabaran lebih besar?” katanya.

Bagi Mohd Fariz Aziz, 26, pula penyertaannya dalam kelas seni mempertahankan diri dianjurkan Pewajar memberi banyak pengetahuan dan pengalaman baru dalam hidup.

“Apa yang dipelajari adalah tradisi lama. Ia cantik, berseri dan beradab. Kita mengenali tradisi lama.

“Dalam ilmu ini (persilatan) segala-galanya berilmu. Ia membentuk adab yang merangkumi semua perbuatan,” katanya.

Menurut Mohd Fariz, yang penting apa yang dipelajarinya dibawa keluar kepada masyarakat.

“Bukan saya bermaksud mahu menurunkan ilmu persilatan kepada sesiapa yang mahu kerana yang lebih penting adab yang menjadi elemen utama dalam pertubuhan ini menjadikan kita lebih mengenal apa itu budi bahasa.

“Apabila berada bersama masyarakat, itu yang akan kami praktikkan. Hilangkan sifat iri hati dan mengawal amarah yang berlebihan juga antara kelebihan diperoleh menerusi pertubuhan ini,” katanya.

Seperkara lagi, Mohd Fariz mengakui tidak dapat tidak seni mempertahankan diri itu mengajar dirinya memperting­katkan disiplin diri, terutama bagi mengikuti rutin latihan.

“Ia juga sangat mencabar kerana kekuatan stamina dan fizikal adalah perkara utama yang perlu ada bagi menilai kemampuan dalam seni mempertahankan diri,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: