Tuesday, August 31, 2010

Kekasih maya di Pulau Atami


GAMBAR menunjukkan seorang lelaki bergambar berseorangan tetapi apabila imej dirakamkan iPhone, dia didapati berdiri bersama satu watak kartun di Pulau Atami, Jepun pada 21 Ogos lalu.


TOKYO - Bandar Atami di Jepun menjadi tumpuan ramai lelaki muda yang mahu merakamkan kekasih maya mereka.

Dengan menggunakan telefon pintar iPhone, lelaki muda akan berdiri berseorangan di satu ruang kosong itu.

Terima kasih kepada perisian luasan realiti yang 'menghidupkan' objek yang mereka impikan di ruang tersebut.

"Lihat, ia kelihatan seperti saya bergambar dengan Rinko (imej kartun sekolah menengah)," kata Shu Watanabe.

Dia yang berumur 23 tahun menunjukkan iPhone yang memaparkan imej dia berada di sebelah imej kartun gadis sekolah menengah, Rinko.

Rinko ialah watak dalam permainan simulasi Love Plus yang dimainkan menerusi konsol Nintendo DS.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: