KUALA TERENGGANU - Seorang individu dipercayai menyamar sebagai Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu untuk mendapatkan wang tunai berjumlah RM10,000 daripada beberapa mangsa.
Perbuatan itu didedahkan Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie yang mengakui ada menerima panggilan daripada beberapa pihak yang mengadu berkaitan kejadian itu.
Menurut beliau, lelaki tersebut yang mengaku sebagai Pengarah JPJ Terengganu telah menghubungi beberapa pengarah di institut memandu untuk meminta tolong dengan memasukkan wang tunai berjumlah RM10,000 ke dalam akaunnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: