RANTAU PANJANG - Jika akhir-akhir ini mercun begitu rancak cuba diseludup masuk ke negara ini, namun tanpa disangka kain batik sarung turut menjadi tumpuan aktiviti penyeludupan sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri.
Cubaan menyeludup itu juga dilakukan pada waktu berbuka puasa iaitu sekitar pukul 7.30 malam kelmarin kerana menyangka penguat kuasa menghentikan operasi rondaan ketika itu.
Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8, Supritendan Rooslan Radzi berkata, anggota rondaan pada mulanya menyedari pergerakan dua buah kereta dalam keadaan mencurigakan di Kampung Setol dekat sini.
"Apabila ditahan penyeludup itu bertindak nekad dengan cuba melarikan diri, salah sebuah daripada kereta itu remuk kerana melanggar kenderaan pacuan empat roda milik PGA manakala sebuah lagi rosak selepas terbabas ketika cuba melarikan diri," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: