Tuesday, August 31, 2010

Kosmo! sambut ulang tahun ke-6


BAHAROM (tengah) memotong kek ulang tahun keenam Kosmo! di Kuala Lumpur
semalam. Turut kelihatan Norrozlind (tiga dari kanan).


RAI ULANG TAHUN. Pada tanggal 31 Ogos hari ini, akhbar kompak Kosmo! yang semakin mendapat sambutan daripada pembaca merayakan ulang tahunnya yang keenam.

Bersempena dengan sambutan itu, semalam Resort World Genting mengadakan acara khas meraikan ulang tahun Kosmo! itu serentak dengan majlis berbuka puasa yang dihadiri hampir 100 kakitangan akhbar itu.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin serta dua wakil Unit Perhubungan Media Resort World, Norrozlind Hezan Shah dan Michelle Wong.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: