
Pengurus Operasi Ar-Rahn Kota Bharu 2, Siti Azian Ibrahim, berkata, Ar-Rahn dipertanggungjawab menjadi wakil sah jualan dinar dan dirham yang sememangnya mendapat tempat dalam kalangan penggemarnya tersendiri.
Katanya, Ar-Rahn ditubuhkan di bawah Koperasi Permodalan Kelantan Berhad yang merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
“Terdapat lima saiz dinar dengan harga berbeza setiap hari mengikut nilai emas semasa, misalnya hari ini (semalam), harga bagi setengah dinar (RM296), satu dinar (RM592), dua dinar (RM1,184), lima dinar (RM2,960) dan lapan dinar RM4,736.
“Bagi nilai perak pula, satu dirham (RM13), dua dirham (RM26), lima dirham (RM65), 10 dirham (RM130) dan 20 dirham (RM260),” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, biarpun penjualannya baru sahaja bermula namun pihaknya menerima ramai pelanggan, terutama pengumpul mata wang membelinya untuk koleksi peribadi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: