Tuesday, August 3, 2010

Tolak cakap mengenai bekas suami

PENAMPILAN janda comel, Nora Mohd Danish Hanif atau Nora Danish, 28, pada majlis pelancaran produk terbaru Avon, 'Ultra Colour Mega Impact Lipstick' baru-baru ini menarik pandangan ramai.

pix_middle



Biarpun ringkas dengan gaun ketat paras lutut serta berjaket, itu sudah cukup menyerlahkan bentuk tubuhnya. Pendek kata, jika dibuat perbandingan tubuh Nora memang lebih cantik sekarang berbanding dulu.

Apa yang menarik, ibu kepada Putera Rayqal Ramli yang berusia satu setengah tahun ini tidak perlu melakukan pembedahan kosmetik atau menggunakan sebarang implan silikon untuk mendapatkan tubuh yang lentik dan menggiurkan.

"Semua ini 'ori' atau asli. Dulu badan saya tidak seperti ini, tetapi selepas beranak saya mengalami sedikit penambahan berat badan selain naik pada bahagian tertentu seperti pinggul dan dada.

"Hal ini perkara biasa dalam keluarga saya. Terus terang saya suka dengan potongan badan sekarang ini kerana penampilan saya dulu terlalu kurus.

"Cuma yang membuatkan saya kurang selesa apabila nampak lebih kembang di TV. Untuk kelihatan sedang-sedang dalam kaca TV, saya perlu menurunkan sedikit berat badan antara tiga hingga empat kilogram sampailah berat
ideal saya, 45 kilogram," katanya.Akui Nora, dia sememangnya obses dengan kecantikan. Sebahagian besar golongan hawa sanggup melaburkan ribuan ringgit andai itu mampu menyerlahkan kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.


Penggunaan silikon, implan, botox termasuk beberapa lagi pembedahan kosmetik yang dicetuskan artis Hollywood menjadi 'trend' yang sangat popular ketika ini dalam kalangan wanita seluruh dunia lebih-lebih lagi selebriti.


Antaranya, pelakon Kim Kardashian sebagaimana dilaporkan media Barat akui sanggup melakukan pembedahan pada hampir keseluruhan tubuh dan wajahnya untuk memperoleh kesempurnaan.

Nora ternyata menolak cara itu kerana ada rahsia sendiri menjaga kecantikan. Dia baru dilantik menjadi duta produk kesihatan, Mustajab, baru-baru ini. Kata Nora, dia setuju menjadi duta produk itu kerana yakin dengan keberkesanannya sebelum ini.

"Losen Mustajab sangat berkesan untuk memecahkan lemak pada bahagian tertentu selepas bersalin. Kelebihan lain, losen itu mampu melindungi kita daripada digigit nyamuk. Ia juga sesuai untuk artis kerana melindungi kulit terutama ketika di lokasi penggambaran di dalam hutan atau tempat yang banyak nyamuk," katanya.

Beralih ke topik lakonan, Nora kini terbabit dengan penggambaran drama bersiri Salon arahan Ahmad Idham yang turut dibintangi Kamal Adli dan Marsha Milan Londoh.

"Watak saya sebagai Aida agak mengelirukan. Dalam cerita ini orang tidak pasti sama ada Aida ini baik atau jahat orangnya. Dia bekerja sebagai jurusolek di sebuah salon. Secara keseluruhan, Salon adalah drama komedi dan ada satu episod dijayakan Fabulous Cats," katanya.

Menyorot kehidupan peribadi, jelas daripada wajah Nora membayangkan betapa ibu tunggal kepada seorang anak lelaki ini gembira dengan kehidupannya kini. Tambahan pula dikurniakan anak yang cerdik.

"Saya bersyukur dengan kehidupan saya sekarang, ada anak yang cerdik dan aktif seperti Rayqal. Bukan mahu memuji anak sendiri, tapi saya bangga dengan tumbesarannya.

"Tambah bermakna, sehari sebelum menyambut Hari Ibu pada Mei lalu, buat pertama kali dia memanggil saya 'Mummy'! Sebelum ini, saya hanya telan air liur mendengar dia memanggil atuk dan nenek tapi sekarang tidak lagi kerana 'Mummy' adalah perkataan paling kerap disebutnya.

"Saya anggap ia sebagai hadiah teristimewa sempena Hari Ibu buat diri saya," katanya.

Dalam pertemuan itu, Nora juga menolak untuk bercakap mengenai bekas suami, Rizal Ashram yang kini bertemu cinta baru dengan Fasha Sandha.

Kata Nora, masing-masing sudah ada kehidupan sendiri dan apa yang paling penting dia memiliki Rayqal, cetusan kasih sayang antara dia dan Rizal.


>PROFIL
NAMA: Nora Mohd Danish Hanif
NAMA KOMERSIAL: Nora Danish
TARIKH LAHIR: 7 Mac 1982
UMUR: 28 tahun
ZODIAK: Aries
ASAL: Kajang, Selangor
ANAK: Putera Rayqal Ramli
ANTARA DRAMA: Puteri, Arjuna, Celak Pak Andam, Pendekar Lima, Bunian dan Gadis Cuci.
FILEM: Gila-Gila Pengantin Popular (GGPP) dan Pemburu Emas Yamashita
KERJAYA: Model dan pelakon

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: