KELLY Brook terpaksa melupakan hasrat untuk berpindah ke Australia selepas hubungannya dengan teman lelaki, Danny Cipriani sudah berakhir.
MENAWAN...Kelly tampil bergaya di Festival Comic-Con (gambar kiri). LAWAT...Kelly ketika melawat pejabat E! Entertainment dan Studio Fox di Los Angeles.
Kelly dikhabarkan tampil beberapa kali untuk mempromosikan filem seram terbarunya, Piranha-3D termasuklah dalam sesi bertemu peminat pada acara Comic-Con di Los Angeles.
Kelly juga menunjukkan minat mendalam untuk berlakon dalam siri drama televisyen (TV) selepas melakukan lawatan ke pejabat E! Entertainment dan Studio Fox.
Bagi mencapai hasratnya untuk menjejaki kejayaan Cat Deeley, Kelly dikatakan memanfaatkan sambutan hangat peminat di AS dan setiap kesempatan diperoleh digunakan sebaik mungkin untuk menambat hati pengarah drama TV di Studio Fox.
Dua filem lakonan Kelly iaitu Removal dan Twilight dijadualkan menemui peminat tahun ini, selain penampilannya bersama Jaime Pressly dan Gillian Anderson dalam filem komedi, Hotel Caledonia. Jurucakap Kelly mengesahkan walaupun aktres itu sibuk mengendalikan urusan di Los Angeles, tetapi dia tidak mempunyai rancangan baru dalam waktu terdekat ini dan baginya England sentiasa di hatinya.
Aktres yang menjadi kegilaan peminat lelaki di United Kingdom ekoran sering tampil seksi di kalendar dan majalah itu, dilaporkan bersetuju untuk sesi fotografi bersama majalah Playboy membabitkan bayaran setengah juta dolar (RM1.6 juta). Tindakannya itu menambahkan lagi kritikan yang diterima selepas ramai mengkritik watak dilakonkannya dalam filem Piranha-3D. Kelly muncul berbikini dalam hampir keseluruhan adegan dilakonkan.Namun, bintang seksi itu gembira dengan watak yang dibawakan kerana dia dapat menunjukkan bentuk tubuhnya yang menarik. "Sekiranya peminat mengkritik lakonan saya kerana mendedahkan tubuh, itu tidak menjadi masalah bagi saya. Saya tidak akan selamanya mempunyai bentuk tubuh yang menarik, jadi tidak salah untuk mempamerkannya," kata Kelly.
"Tidak bermakna watak saya tidak penting jika saya muncul berbikini. Itu watak yang perlu saya bawakan dalam filem itu. Ia sebahagian daripada jalan cerita Piranha-3D," katanya lagi.
Kelly turut memberitahu laman selebriti Fox 411 yang dia tidak sabar untuk melihat aksi fotografinya dalam majalah Playboy. "Saya suka membaca majalah Playboy. Saya rasa majalah itu cukup popular. Saya dapat menggayakan pelbagai aksi dan apabila tua kelak, saya akan melihat kembali aksi saya dalam majalah itu dan mengenangnya," ujar Kelly.
Kelly yang menyertai Festival Comic-Con di San Diego, California berlakon di samping aktres filem lucah, Riley Steele dalam filem Piranha-3D. Kedua-dua pelakon itu dilihat turut berkelakuan pelik apabila berciuman sesama sendiri ketika promosi filem berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: