Thursday, August 19, 2010

Tindakan tegas terhadap masjid


MOHAMAD menyampaikan sumbangan kepada orang ramai pada Majlis Penyampaian Bantuan Ihya Ramadan di Paroi semalam.


SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak pengurusan masjid di negeri ini yang menggunakan masjid sebagai pentas melakukan aktiviti memecahbelahkan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, setakat ini tiga masjid telah diberi amaran setelah dikenal pasti mengadakan program yang cenderung membuat dakyah yang boleh menggugat perpaduan kariahnya.

“Saya pernah beri amaran pertama sebelum ini supaya pihak pengurusan masjid terbabit menghentikan program sedemikian. Hari ini (semalam) saya beri amaran kedua,” katanya selepas Majlis Penyampaian Bantuan Ihya Ramadan Asnaf Fakir Miskin, Bantuan Tahunan Masjid dan Saguhati AJK Masjid 2010 Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini semalam.

Pada majlis tersebut, seramai 253 orang fakir miskin menerima sumbangan berjumlah RM75,900 manakala 20 buah masjid menerima bantuan dan saguhati berjumlah RM70,000.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: