Thursday, August 19, 2010

Ramai veteran tentera tidak terima pencen


PENERIMA Pingat Jasa Malaysia bergambar pada majlis penyampaian sumbangan perayaan Yayasan Veteran ATM di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Masih ramai di kalangan 280,000 veteran tentera di seluruh negara masih belum menyedari peranan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membela nasib mereka.

Ketua Pengarah JHEV, Datuk Zulkiflee Mazlan berkata, sebagai bukti, daripada jumlah itu, hanya 19,000 veteran tentera yang mendaftar dan diberikan pencen sementara nasib selebihnya tidak diketahui.

"Jadi saya minta veteran tentera yang memerlukan supaya datang ke JHEV supaya pelbagai bentuk bantuan dapat disalurkan kepada mereka," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan perayaan Yayasan Veteran ATM dan penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) di sini semalam.

Pada majlis itu, seramai 12 veteran ATM menerima PJM dan 96 lagi menerima bantuan kebajikan musim perayaan sebanyak RM500 seorang yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dr. Ismail Ahmad.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: