Wednesday, August 25, 2010

Tiger Woods AKhirnya Bercerai

Tiger Woods, anak perempuan Sam Woods dan isteri, Elin Nordegren.

TIGER Woods dan model, Elin Nordegren secara rasmi bercerai, menurut kenyataan pada laman web pemain golf terkenal itu seperti yang dinyatakan peguam mereka, Isnin.

Kenyataan itu menjelaskan keputusan permohonan perceraian mahkamah County Bay, Florida.

Mahkamah turut membenarkan kedua-dua pihak untuk menjaga anak-anak mereka bersama.

"Kami amat sedih kerana pernikahan kami telah berakhir. Kami saling mendoakan yang terbaik untuk masa depan," menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu menambah, kebajikan anak-anak menjadi fokus perbincangan pasangan itu.

"Kami tahu masa depan tidak akan begitu mudah kerana kami menyesuaikan diri dengan situasi keluarga baru. Itulah sebabnya mengapa privasi kami dititikberatkan," kata Woods dan Nordegren.

Maklumat-maklumat bayaran pampasan, ganti rugi berhubung perceraian itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Perkahwinan pasangan itu mengalami krisis pada akhir tahun lalu apabila kecurangan Woods didedahkan.

Ekoran itu juga, dia bercuti selama lima bulan daripada bermain golf kerana menjalani rawatan untuk mengatasi ketagihan seksnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: