PASANGAN Anang Hermansyah dan kekasihnya Syahrini hampir pasti akan menjalankan ibadah umrah bersama-sama.
Bagaimanapun, tarikhnya hanya dapat ditentukan selepas sambutan hari lebaran nanti.
Menurut Syahrini, mereka berkemungkinan mengerjakan umrah pada Oktober atau November ini.
"Mudah-mudahan selepas hari lebaran, kami dapat mengerjakan umrah. Kami juga sedang sibuk membuat persiapan album dan aktiviti promosi dari stesen televisyen ke stesen televisyen yang lain," katanya.
Syahrini sebelum ini digosipkan akan mengerjakan umrah sekali gus bernikah di Tanah Suci. Namun, tidak pasti adakah lelaki yang maksudkan itu Anang atau pun orang lain.
Selain umrah, Anang dan Syahrini akan melawat kedutaan besar Indonesia di Jeddah.
"Saya mahu nyanyi dan minta jodoh di sana (Mekah)," kata Syahrini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: