Wednesday, August 25, 2010

Zhana Antara Calon Pasangan Ikhwan (Hot FM)

Dari kiri atas: Chad, Ryna, Zhana. Bawah: Shah, Deen dan Miem.

TINGGAL lagi sebulan, pendengar setia Hot FM bakal mengetahui siapakah pasangan kepada penyampai radio Ikhwan yang akan mengendalikan slot Hot FM Zon pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.

Setakat ini, stesen radio popular itu telah menyenaraikan enam finalis Ikhwan antaranya bekas penyampai Suria FM, Zhana. Sementara nama-nama yang lain termasuklah Deen, Miem, Ryna, Shah dan Chad.

Mereka perlu melalui cabaran untuk ke udara dengan Ikhwan sebanyak dua kali selama dua minggu seorang demi seorang menerusi Hot FM Zon.

Dari segi pemarkahan, pihak pengurusan radio itu akan mengadili mereka sebanyak 70 peratus manakala pendengar juga diberi peluang untuk mengundi sebanyak 30 peratus.

Caranya, mereka hanya perlu melayari laman web Facebook dan mencari nama setiap finalis, misalnya Zhana Hot FM atau Deen Hot FM dan klik Like jika merasakan individu itu layak untuk bergelar pasangan Ikhwan.

Pada 20 September ini, pendengar akan mengetahui tiga calon penyampai yang layak mara ke pusingan seterusnya.

Mereka akan diberikan peluang terakhir untuk ke udara bersama-sama Ikhwan sebelum keputusan diumumkan pada 24 September.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: