Tuesday, August 24, 2010

Tiada Watak Mary Jane Dalam Spider-Man 4

Kirsten Dunst memegang watak Mary Jane dalam filem Spider-Man.

FILEM Spider-Man keempat mungkin akan diterbitkan pada tahun 2012 dan peminat filem itu mungkin tidak berpeluang menonton watak utama wanita bernama Mary Jane.

Ini kerana sumber melaporkan watak tersebut yang sebelum ini dipegang oleh Kirsten Dunst (gambar) mungkin digugurkan dalam sekuel keempat filem tersebut.

Produser-produser filem mula mencari watak baru untuk digandingkan sebagai kekasih kepada watak Peter Parker yang dipegang oleh Andrew Garfield.

Terdapat spekulasi menyatakan seseorang dari masa lampau akan tampil sebagai kekasihnya.

Lima calon pelakon wanita terbabit ialah Emma Roberts, Imogen Poot, Lilly Collins, Ophelia Lovibond dan Teresa Palmer.

Penggambaran filem Spider-Man keempat dijangka bermula dari Disember 2010.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: