Tuesday, August 17, 2010

Tarikan merah meriahkan suasana


ALAS meja tampil ringkas dengan jahitan kemas. Kelihatan mewah walaupun dijual pada harga yang sederhana.


BIAR pun baru empat hari umat Islam berpuasa namun persiapan hari raya telah mula rancak dilakukan. Sesuatu yang sederhana tetapi masih menampilkan suasana cantik dan baru semestinya akan memeriahkan persiapan hari raya.

Tidak mahu terikat dengan dekorasi ala Bali atau Inggeris, ramai memilih tata hias eksklusif yang unik dan mencerminkan kekayaan budaya tempatan.

Warna merah yang sering diketepikan dalam soal menghias rumah kini menjadi kegemaran warna dekorasi. Bukan sahaja nampak ceria, warna sebegini menjadi petanda tuan punya kediaman terbuka hati menerima kehadiran tetamu di musim hari raya nanti.

Lebih menarik, setiap fabrik yang dipilih dihiasi dengan keindahan sulaman tekat.

Koleksi Seri terbaru daripada Avon menampilkan kelainan menerusi kelembutan bunga Siti Zubaidah (Hydrangea).

Koleksi ini mengimbau kemasyhuran persiapan diraja gabungan kemewahan sentuhan tradisi dengan olahan kontemporari yang elegan.

Warna merah hati melambangkan tanda cinta, , keghairahan dan gaya.

Avon memilih warna utama itu untuk koleksi langsir, dekor serta bekas hidangan.

Hiasan ruang tamu dilengkapi dengan sarung bantal kecil, alas meja dan langsir pelbagai saiz.

Fabrik yang dipilih menampilkan ciri moden dan klasik.

Keindahan dapat dilihat menerusi sulaman yang digabung bersama fabrik renda.

Jika anda keberatan menukar kusyen atau perabot rumah apa kata pilih alas meja panjang berwarna merah hati.

Suasana rumah bukan sahaja kelihatan berseri tetapi dipenuhi dengan dekorasi ala istana zaman silam.

Koleksi ini turut menghiasi ruang dapur anda. Pada hari raya nanti, keluarga dan tetamu pasti menjengah ke ruang dapur untuk membantu menghidangkan makanan. Tentunya ruang dapur anda kali ini dihias cantik dan kemas.

Langsir

Set langsir dan dekor Seri Anggun terdiri daripada set pintu panjang, langsir pintu biasa, langsir tingkap untuk dua atau tiga panel dan langsir tingkap kafe dapur (tiga panel).

Koleksi fabrik ala sutera, renda dan organza ini sarat bersulam benang keemasan dan labuci menampilkan konsep dwi-penggunaan iaitu siang hingga malam.

Hanya ikat fabrik seakan sutera agar cahaya masuk di siang hari dan lepaskan ikatannya agar malam anda tidak diganggu cahaya luar. Sebagai pelengkap, koleksi ini turut menampilkan sarung bantal, alas meja makan, alas peti sejuk dan 'runner' serba guna.

Hiasan kediaman lebih indah dengan hidangan setanding santapan di raja.

Bekas hidangan Seri Anggun turut menampilkan koleksi termasuk bekas makanan, kuih raya dan minuman dengan hiasan bunga merah hati.

Setiap barangan didatangkan dengan penutup merah hati dan bekas kemasan ala mutiara dihiasi motif jambangan bunga Siti Zubaidah yang unik. Kesemua bekas berciri kedap udara (kecuali Casserole with Ladle) serta selamat untuk ketuhar dan mesin cuci pinggan.

Serlahkan kediaman dengan kemewahan rekaan glamor dan eksklusif.

Kediaman pasti tampil seperti mendapat sentuhan pereka hiasan dalaman terkenal tanpa kos yang tinggi.

Koleksi Seri Anggun boleh didapati bermula bulan lepas melalui Wakil Avon anda atau di Butik Kecantikan Avon seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Bebas Tol Avon di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http://www.my.avon.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: