Sunday, August 29, 2010

Tamara hamil 5 bulan




ADA sebab untuk pasangan suami isteri Tamara Bleszynski dan Mike Lewis tersenyum lebar. Masakan tidak, pelakon Surga Untukmu yang memegang watak Halimah itu kini sedang hamil anak sulung mereka yang kini berusia lima bulan.

"Ramadan pada tahun ini sangat menggembirakan saya apatah lagi saya kini sedang mengandungkan anak sulung," katanya ketika ditanya oleh pemberita baru-baru ini.

Menurut Tamara, dia masih belum dapat memastikan jantina bayinya itu namun, hasil pemeriksaan yang dijalankan, doktor mengesahkan kandungannya merupakan bayi lelaki.

"Baru-baru ini kelihatannya lelaki, tetapi kata doktor jangkaan itu masih di peringkat awal, semuanya masih samar lagi kerana ketika diperiksa ketika itu bayi berada dalam posisi yang sukar untuk dilihat," ujarnya

Bagaimanapun, kata wanita cantik ini lagi, dia dan suami telah menyediakan beberapa buah nama untuk bayi yang bakal dilahirkan itu kelak.

Pun begitu, Tamara masih enggan mendedahkan nama yang dipilihnya bersama suami kepada umum.

"Oleh kerana jantinanya masih belum dipastikan lagi, maka biarlah kami rahsiakan dahulu, cuma, kami memang dah sediakan nama lelaki dan perempuan untuk bakal anak kami itu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: