Sunday, August 22, 2010

Syahrini mahu teman lelaki




PENYANYI Indonesia yang popular dengan lagu Pusing Setengah Mati, Syahrini punya hasrat yang ingin dikongsi bersama peminat-peminatnya sempena bulan Ramadan ini.

"Sempena bulan Ramadan, saya berdoa supaya perilaku sentiasa berada dalam keadaan baik, dan secara peribadi, saya juga mahu mendekatkan diri dengan Allah S.W.T, mahu lebih tawaduk kepada-Nya serta lebih rendah diri terutama untuk perkara-perkara yang melibatkan duniawi.

"Saya juga berdoa moga-moga Allah S.W.T menemukan saya dengan seorang jejaka yang baik untuk dijadikan teman lelaki, saya cuma mengambil berkat dalam bulan yang mulia ini, itu sahaja," katanya.

Kenyataan itu seolah-olah memberi bayangan bahawa hubungannya dengan bekas suami Kris Dayanti, Anang sebenarnya tidak lebih dari seorang teman dan rakan sekerja.

"Dia hanya pasangan saya saat berduet ketika di pentas. Secara realitinya, saya tidak mempunyai teman lelaki lagi, tiada komitmen dengan sesiapa pun.

"Dakwaan yang mengatakan saya akan menikah pada waktu terdekat juga tidak berasas. Saya harap perkara ini tidak lagi digembar-gemburkan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: