![]() |
| |
Peluang berlakon dalam drama terbitan SBS, berjudul Nine-Tailed Fox, diakui Hyomin sebagai satu peluang emas buatnya yang begitu teruja untuk menceburi bidang lakonan.
Menurut anggota kumpulan T-ara itu, menyedari dirinya masih baru, dia banyak meminta tips daripada pelakon-pelakon lain khususnya pelakon senior, Sung Dong II.
“Saya gementar tetapi dalam masa yang sama teruja untuk bekerjasama dengan pelakon-pelakon lain dalam drama ini.
“Saya berharap satu hari nanti saya mampu memiliki gaya lakonan yang tersendiri,” katanya yang sedang berusaha memperbaiki mutu lakonan.
Menerusi drama Nine-Tailed Fox, Hyomin akan memegang watak seorang gadis bernama Ban Seon Nyun yang menaruh hati pada Tae Woong, lakonan Lee Seung Gi.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: