-SEORANG hakim menetapkan kes perbicaraan doktor kepada Michael Jackson (MJ), Conrad Murray (gambar) didengar pada 4 Januari tahun depan.
Murray sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh secara tidak sengaja ekoran kematian mengejut Raja Pop itu pada bulan Jun 2009.
Pihak Pendakwa Raya telah mengemukakan dakwaan bahawa Murray menyuntik MJ dengan anestetik jenis propofil untuk memudahkannya tidur.
Berikutan keputusan Isnin oleh Mahkamah Tinggi Los Angeles, Hakim Michael Pastor, akan mendengar hujah dari kedua-dua pihak sebelum memutuskan sama ada terdapat cukup bukti untuk meneruskan perbicaraan ataupun tidak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: