Wednesday, August 25, 2010

Sharon Osbourne Benci Naik Kereta Dengan Suami

SELEBRITI Sharon Osbourne (gambar), 57, berkata, dia benci untuk berkongsi kereta dengan suaminya Ozzy yang memandu seperti "menunggang kuda".

Media melaporkan juri America's Got Talent itu berasa amat takut menaiki kereta yang dipandu suaminya.

Ozzy yang juga penyanyi rock berusia 61 tahun itu dilaporkan hanya lulus peperiksaan akhir tahun lalu dan dia tidak mahir mengawal brek kenderaannya.

"Leher saya sakit setiap kali saya berada di dalam kereta bersamanya. Saya bergerak atas dan bawah begitu banyak sehingga berasa seperti duduk di atas kuda dan bukan di kereta," katanya.

Sharon memberitahu, Ozzy hanya belajar memandu pada usianya yang lanjut. Katanya, dia taksub dengan kenderaan bermotor.

Ozzy memperolehi lesen memandu pada 2009, iaitu 35 tahun selepas percubaan pertamanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: