
PENYANYI ikon The Rock n Roll, Elvis Presley (gambar) dilaporkan pernah melihat objek terbang makhluk asing (UFO) sebanyak beberapa kali sepanjang hidupnya.
Insiden pertama berlaku sewaktu Elvis dilahirkan pada 8 Januari 1935. Pada ketika itu bapanya, Vernon Presley bertejmu UFO tersebut.
Demikian pengakuan kawan rapat penyanyi terkemuka tersebut, Larry Geller.
"Vernon berkata dia keluar merokok pada pukul 2 pagi ketika anaknya dilahirkan. Apabila dia mendongakkan kepala ke arah langit, dia mengaku terlihat satu cahaya biru yang cukup aneh. Dia menganggap melihat pada sesuatu yang cukup istimewa," kata Larry.
Penulis Michael C. Luckman, yang menulis buku Alien Rock: The Rock' N 'Roll extraterrestrial Connection, berpendapat bahawa Elvis kemudiannya dikunjungi oleh makhluk-makhluk asing ketika dia masih kecil lagi.
Dia mendakwa, makhluk-makhluk asing tersebut berkomunikasi dengan Elvis menerusi telepati iaitu perhubungan fikiran, perasaan, dan sebagainya secara langsung antara minda seseorang dengan minda seorang lain tanpa melalui deria yang biasa.
Luckman turut mendakwa makhluk asing tersebut memberi peluang kepada penyanyi terkenal itu melihat bayangan masa depannya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: