Wednesday, August 18, 2010

Serlahkan solekan mata


Solekan mata dikemaskan dengan pensil pengalit mata.


PEPATAH Melayu ada menyebut dari mata turun ke hati. Justeru tidak hairanlah wanita begitu menitikberatkan solekan pada bahagian mata.

Lazimnya solekan mata banyak bergantung kepada pemilihan warna pembayang yang sesuai.

Memenuhi keperluan itu, Shiseido baru-baru ini tampil dengan koleksi terkini pembayang mata Luminizing Satin Eye Color Trio yang mudah digunakan dan senang dibawa ke mana sahaja.

Diperkenalkan dalam tujuh kategori warna berbeza di mana setiap satu kategori mengandungi tiga palet warna iaitu utama (terang), sederhana dan sokongan yang mudah diadun untuk solekan mata.

Setiap susunan dan pemilihan warna telah disusun atur, hasilnya akan menyaksikan kombinasi pembayang mata yang cantik dan elegan.

Jurusolek khas Shiseido, Purple Yap berkata, palet pembayang mata terbaru ini sesuai untuk wanita yang sentiasa sibuk dan tidak mempunyai ruang untuk menghabiskan banyak masa di depan meja solek.

"Setiap kategori warna nampak semula jadi dengan menggunakan kombinasi warna terkini yang memberi kesan elegan yang lembut," katanya.

Sebagai contoh Snow Shadow, menampilkan palet warna romantik dengan serakkan rona biru gelap, kelabu dan putih berkilau.

Manakala pula Boudoir menyerlahkan gaya misteri tetapi anggun sesuai untuk mereka yang merancang bersiar pada waktu malam bersama rakan atau teman tersayang.

Bagi mereka yang meminati warna-warna yang lebih ceria, Tropicalia paling sesuai dengan kombinasi hijau kuning dan merah jambu terang.

Berbeza bagi yang ingin kelihatan neutral, pilihan sesuai adalah palet Strata yang menggabung warna-warna tanah seperti coklat gelap.

Tiga lagi kategori warna ialah Fire, Opera dan Jungle. Dengan tiga langkah mudah, koleksi pembayang mata yang dikenakan nampak kreatif dan cantik.

Set pembayang mata terkini itu, turut dikeluarkan bersama pengalit mata krayon untuk memberi sentuhan yang lebih dramatik pada mata.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: