
SEREMBAN - Tindakan sembilan wanita warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai tukang urut mengundang padah apabila kesemua mereka ditahan dalam serbuan di sebuah premis urut tradisional di Taman Dato' Raja Hanifah, Jalan Rasah di sini kelmarin.
Serbuan pukul 3.10 petang oleh sepasukan polis dari Cawangan Anti Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) negeri itu dilakukan selepas pihak berkuasa itu menjalankan siasatan dan risikan beberapa minggu lalu.
Dalam serbuan itu, polis menahan lapan wanita Thailand dan seorang warga China berusia di antara 29 dan 42 tahun.
Ketua operasi, Cif Inspektor Raidah Abiddin memberitahu, polis turut memberkas seorang pengurus premis berusia 25 tahun.
"Siasatan awal mendapati premis itu mempunyai lesen perniagaan yang sah. Walaupun kesemua gadis yang ditahan itu mempunyai dokumen perjalanan tetapi mereka telah menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja di pusat urut," katanya di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: