| 
"Saya akan lebih bahagia very soon," kata pelakon dan model Aleeza Kassim apabila ditanya pasal kehidupannya.
Semua orang tahu Aleeza dan suami pernah melalui episod sensasi apabila ke Mahkamah Syariah bagi menentukan statusnya.
Semuanya gara-gara suami, Fauzi Che Rus melafazkan kata-kata yang boleh membawa kepada maksud perceraian. Namun mahkamah memutuskan mereka masih pasangan suami isteri yang sah.
Apa maksud tersirat Aleeza dengan mengatakan dia akan lebih bahagia tak lama lagi?
Apa akan berkalu tak lama lagi? Adakah akan ada episod mahkamah kali kedua? Itu tafsiran negatif.
Kalau dicari maksud positif daripada kata-kata itu, boleh juga dibuat andaian yang Aleeza akan mengumumkan sesuatu selepas ini. Apa dia?
Adakah model jelita itu akan mengumumkan kehamilan? Tunggulah apa perkembangan very soon yang akan dilalui.
Aleeza semasa ditemui pada majlis memperkenalkan pakaian jenama AK Aleeza Kassim by Amir Lukman di Kuala Lumpur baru-baru ini nampak ceria. Fauzi juga turut hadir memberi sokongan kepada perjalanan karier isteri.
Aleeza berlakon bahagia? Katanya: "Adakah saya nampak bahagia? Bahagia itu orang tak nampak.
"Sama ada saya bahagia atau tak bahagia hanya saya yang tahu. Tak tahulah bagaimana orang melihat keadaan saya."
Idea Kelainan Fesyen
Jenama AK yang baru dilancarkan menggambarkan cintanya Aleeza kepada dunia seni. Dia mahu melakukan bisnes yang ada kaitan dengan bidang seni.
Setelah memiliki akademi peragaan AK Modelling Academy, kini dia memasarkan produk fesyen pula.
Tapi Aleeza tidak membuka butik sebaliknya menjalankan kerjasama dengan pihak lain untuk memasarkannya.
Sekiranya segala perbincangan berjalan lancar jenama AK akan ada di rangkaian pasaraya fesyen terkemuka.
"Sekarang kami keluarkan rangkaian fesyen untuk hari raya sebab pelancarannya sempena musim Aidilfitri.
"Kami mahu menjadi perintis fesyen yang baru. Misalnya penggunaan fabrik strach cotton untuk baju kurung moden.
"Strach cotton digunakan untuk membuat t-shirt. Saya memang memilih fabrik ini untuk memberi keselesaan. Pemakai juga boleh memadankan dengan jean, kain batik atau apa sahaya yang boleh memberi keselesaan," kata Aleeza.
AK juga mencipta kelainan dengan menghasilkan baju. Kurung yang membuka sebahagian bahu. Agak janggal, tapi dilihat sesuai ke majlis makan malam. Tapi awas, jangan pakai ke rumah mertua pula.
"Saya juga sudah berbincang dengan butik Hajaba untuk mencipta aneka pakaian muslimah tidak lama lagi," kata Aleeza pasal perancangan perniagaan itu.
|
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: