PETALING JAYA - Siapa sangka seorang wanita yang menderita kanser payu dara sejak lima tahun lalu menemui ajal dalam keadaan tidak disangka-sangka apabila dia ditikam oleh seorang penjenayah yang mahu menyamunnya di jejantas Jalan Subang Utama berhampiran pusat beli-belah Sunway Pyramid dekat sini semalam.
Kejadian pukul 7.10 pagi itu mengakibatkan seorang guru Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika), Leong Lai Yoong (gambar), 57, mati di tempat kejadian selepas cedera parah ditikam oleh suspek di rusuk kiri dengan menggunakan sebilah pisau pemotong sayur.
Sebelum kejadian, suspek berusia dalam lingkungan 20-an tersebut telah mengekori mangsa sebaik wanita tersebut turun dari sebuah bas sebelum naik ke jejantas itu untuk ke seberang jalan bagi menaiki sebuah lagi bas ke tempat kerjanya di kawasan Subang.
Difahamkan, sebelum mati, mangsa yang menetap di Taman Sri Muda, Shah Alam cuba menghubungi telefon bimbit salah seorang anaknya untuk memaklumkan kejadian tersebut tetapi tidak sempat memberitahu mengenai kejadian itu.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, suspek yang berkulit gelap telah mengekori mangsa yang memakai seluar sukan dan kemeja T pada jarak 50 meter sebelum cuba meragut beg mangsa di atas jejantas tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: