TANAH MERAH – Tanda tanya penduduk Kampung Telaga Bijih, Batu Gajah di sini mengenai kewujudan sebuah kubur misteri di tanah perkuburan Islam di situ sejak tiga bulan lalu terjawab apabila ia rupa-rupanya mengandungi rangka bayi.
Perkara itu terbongkar pukul 11 pagi semalam selepas kubur sedalam satu meter yang terletak berhampiran pintu masuk ke tanah perkuburan berkenaan digali oleh sepasukan polis sebaik menerima laporan dari penduduk.
Turut terlibat ialah wakil dari Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu serta pegawai Majlis Agama Islam Kelantan.
Difahamkan, kubur yang lengkap berbatu nisan itu ditemui seorang penduduk yang sedang memotong rumput di tanah perkuburan tersebut dua bulan lalu.
Bagaimanapun, penduduk bertambah curiga apabila mendapati kubur yang terletak berasingan dengan kubur-kubur lain tersebut telah dibersihkan oleh pihak tertentu beberapa hari lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Batu Gajah, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Supritendan Abdul Aziz Mahmud berkata, sebaik menggali sedalam satu meter, pihaknya menemui objek dipercayai rangka mayat bayi yang dibaluti kain putih.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: