PUTRAJAYA - Kerajaan Indonesia diminta memastikan keselamatan rakyat Malaysia di republik itu serta mengambil tindakan terhadap kumpulan yang melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, bukan sahaja nama baik Malaysia malah reputasi Indonesia turut tercemar akibat perbuatan sebegitu keji oleh segolongan rakyat negara itu baru-baru ini.
"Saya telah meminta pemerintah Indonesia memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia dipelihara, demi menjaga hubungan baik kedua-dua negara yang amat kita hargai," katanya kepada pemberita selepas bertemu Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tatang B. Razak di Wisma Putra bagi mendapatkan penjelasan berkaitan perkara itu.
Selasa lalu, kumpulan daripada Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) melemparkan najis manusia ke dalam pekarangan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam tunjuk perasaan ekoran tindakan polis Malaysia menahan tiga pegawai penguat kuasa Kementerian Kelautan Perikanan negara itu pada 13 Ogos lalu.
Mengulas lanjut, Anifah berkata, tindakan berunsur provokasi seperti membakar dan memijak bendera Malaysia serta membaling najis adalah satu penghinaan kepada Malaysia malah perbuatan itu mencabar kedaulatan negara.
Kayak Bangsa Yahudi aja Nyuri2 dari Bangsa Tetangga..
ReplyDelete