Tuesday, August 24, 2010

Rancangan Masakan Hebat Bersama Chef Liza Di Bernama TV

KEISTIMEWAAN rancangan masakan, Enak Bersama Ramly Dari Chef Liza (Zainol) ialah chef selebriti terkemuka itu menggunakan produk dari Kumpulan Ramly atau lebih dikenali dengan Ramly Burger dalam masakan.

Rancangan ini akan ke udara menerusi Bernama TV (saluran Astro 502) bermula Jumaat hingga Ahad dari 13 Ogos hingga 10 September akan datang.

Rancangan masakan tersebut mengandungi 13 episod yang teridiri 26 resipi juadah berbuka puasa dan bersahur sentuhan air tangan Chef Liza Zainol yang sebahagian besarnya menggunakan 32 produk keluaran Kumpulan Ramly.

Di samping memasak, beliau juga akan berkongsi ilmu serta info dan petua-petua yang amat berguna kepada penonton.

Rancangan masakan Enak Bersama Ramly Dari Chef Liza menampilkan personaliti dan tokoh-tokoh terkemuka bagi membincangkan pelbagai topik yang menarik seperti Halalan Toiban dan isu-isu semasa.

Seramai 13 tetamu jemputan terlibat dalam rancangan tersebut.

Mereka terdiri daripada pelawak terkemuka, Datuk Aziz Sattar, penyanyi terkenal Nash Lefthanded, penganalisis jenayah tempatan, Kamal Affandi, tokoh agama, Ustaz Wan Sohor Bani Leman, Ustaz Mohd Amri Abdullah dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Ketua Pegawai Eksekutif Giat Mara, Meriyam Abd. Majid.

Penggambaran telah dilakukan di salah sebuah hotel terkemuka iaitu Pullman Putrajaya Lakeside yang berlatarbelakangkan Tasik Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: