Tuesday, August 24, 2010

Ramadan Ajar Afgan Berhenti Merokok

PENYANYI lagu Terima Kasih Cinta, Afgan memberitahu dia melalui bulan Ramadan ini dengan lancar, malah dia juga sedang belajar kurangkan merokok.

"Saya bersyukur kerana mampu mengurangkan aktiviti buruk saya iaitu merokok. Insya-Allah saya akan terus kurangkan," jelasnya yang mengakui sangat sukar untuk membuang tabiatnya itu.

Afgan seperti di petik Kapanlagi.com telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama peminatnya turut mengakui sukar menyanyi pada bulan Ramadan ini disebabkan agak kepenatan.

"Menyanyi di bulan Ramadan pasti agak sukar juga, tapi bila melihat peminat terlalu mengharap, saya jadi bersemangat. Namun tahun ini lebih baik dari tahun lalu, mungkin berkat dari Ramadan.

"Puasanya juga lebih bagus. Tahun lalu saya banyak makan ketika buka dan susah untuk tahan lapar tetapi tidak kali ini. Setakat hari ini belum ada ponteng puasa dan lebih kuat kawal nafsu," ujarnya.

Afgan juga memberitahu dia mengurangkan kegiatan seninya demi menghormati bulan mulia ini. Malah dia memanfaatkan bulan ini untuk lebih rapat bersama keluarga dan menumpukan sepenuhnya kepada pelajaran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: