Sunday, August 15, 2010

Penerjun 'berguru' di luar negara


MUN YEE (kiri) prospek terbaik skuad terjun negara.


SKUAD terjun negara kini menjalani latihan selama sebulan di luar negara sebagai persiapan menghadapi Sukan Komanwel di New Delhi, India yang berlangsung mulai 3 hingga 14 Oktober depan.

Bagaimanapun, Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Edwin Chong Ah Kew tidak mendedahkan lokasi latihan atas sebab-sebab tertentu.

"Namun sebagai makluman, kos latihan tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

"Kesemua sembilan atlet negara kecuali Pandalela Rinong dan Ooi Tze Liang akan menjalani latihan sehingga 9 September depan," kata Edwin semalam.

Pandalela dan Tze Liang tidak dapat menjalani latihan di luar negara kerana menyertai Sukan Olimpik Remaja 2010 di Singapura yang bermula sema- lam hingga 26 Ogos ini.

Edwin menambah, ASUM tidak meletakkan harapan yang tinggi pada temasya di New Delhi nanti kerana menyedari persaingan bagi acara tersebut amat sengit terutama daripada penerjun berkelas dunia Australia, Kanada dan England.


BRYAN menyumbang pingat perak pada Sukan Komanwel 2006 di Melbourne.


"Namun, kita harap mereka (atlet negara) mampu membawa pulang sebutir pingat tanpa mengira warna," katanya.

Beliau berkata, sandaran terbaik diletakkan kepada penerjun wanita yang dilihat mempunyai peluang lebih cerah memenangi pingat berbanding atlet lelaki.

"Saya tidak nafikan terdapat banyak persaingan dalam temasya akan datang, namun penerjun wanita, antaranya Pandalela, Tze Liang dan Leong Mun Yee dilihat mampu menonjolkan diri dalam acara terjun berpasangan 10 meter plat- form serta papan anjal seirama.

Pada temasya Sukan Komanwel 2006 di Melbourne, skuad terjun negara berjaya memperoleh dua pingat perak menerusi Bryan Nickson, James Sandayud dalam acara 10m terjun seirama) dan Yeoh Ken Nee bagi 1m papan anjal.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: