
POPULARNYA filem Ghost lakonan Demi More pada tahun 1990 telah menyebabkan filem yang sama akan dibikin dalam versi Korea. Dengan judul Lova and Soul, filem tersebut akan menggandingkan bintang Korea, Song Seung Heon dan pelakon Jepun, Matsushima Nanako.
Pelancaran pembikinan filem tersebut diadakan minggu lalu di Hotel Grang Hyatt, Tokyo dan merupakan hasil kerjasama penerbit dari Korea, Amerika dan Jepun.
Filem yang diarahkan oleh sutradara Jepun iaitu Otani Taro dijadualkan muncul menemui peminat November nanti.
Dalam sidang akhbar tersebut, Seung Heon menyatakan peranan yang dibawanya kali ini amat berbeza daripada drama atau filem produksi Korea-Jepun yang pernah dibintanginya.
Matsushima pula berjanji akan melakukan yang terbaik untuk mengulang adegan yang paling diingati melalui filem asal Ghost itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: