
MISI Malaysia memburu kejuaraan pada Kejohanan Formula Future Dunia 2010 bermula awal pagi tadi.
Pada kejohanan kali ini yang berlangsung di Carr Mill Dam, St. Helens, Merseyside, England, Malaysia diwakili oleh 10 pilot.
Selepas tidak beraksi pada kejo- hanan tahun lalu akibat penyebaran wabak H1N1, barisan pilot muda negara berazam untuk kembali merampas trofi kejuaraan.
Bagaimanapun, misi mereka itu dilihat tidak semudah yang disangka menyedari penyandang juara, Rusia serta beberapa pasukan lain seperti Jerman dan Britain turut diletakkan sebagai pilihan pada edisi kali ini.
"Peluang kita untuk merampas gelaran juara dunia daripada Rusia agar sukar. Ini kerana kesemua sembilan pasukan telah membuat persiapan yang rapi dan mantap.
"Namun, saya bersyukur kerana kesemua pilot negara berada di dalam kesihatan yang terbaik dari segi fizikal, mental dan spiritual.
"Kami sentiasa memantau kesiha- tan dan persiapan kesemua pilot negara.
"Mereka juga telah mampu menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan persekitaran di Mersey- side," jelas ketua jurulatih pasukan Formula Future Malaysia, Syed Abdul Hamid Syed Alwee.
Bagaimanapun, isu paling ketara yang terpaksa dilalui oleh pilot muda negara adalah tempoh masa berlatih yang terlalu terhad.
"Mereka hanya diberi peluang oleh pihak penganjur untuk berlatih semasa latihan bebas selama dua hingga empat jam sahaja semalam.
"Isu kedua adalah penggunaan gear di sebelah kiri bot bagi pilot kelas 4 dan 5.
"Kebanyakan bot yang digunapakai di negara Eropah mengguna- kan spesifikasi gear sebelah kiri. Ini memberi kelebihan kepada mereka dari segi teknik pemanduan," jelas- nya.
Malaysia merupakan negara tunggal dari benua Asia yang bertanding pada Kejohanan Formula Future Dunia sejak tahun 2004.
Untuk rekod, Malaysia muncul juara dunia pada edisi 2004 di Lisbon, Portugal, 2005 (Portimao, Portugal), 2007 (Leer, Jerman) dan 2008 (Ravenna, Itali).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: