Tuesday, August 24, 2010

Pencarian Wanita One Drop Perfumes


Zetty Syazleen Ismail bersama koleksi One Drop Perfumes.


MENAWARKAN hadiah wang tunai, set barang kemas dan pakej percutian, Pencarian Wanita One Drop Perfumes sudah bermula sejak Julai lalu.

Peraduan anjuran pengimport dan pengeluar minyak wangi tanpa alkohol terbesar, One Drop Perfumes dengan kerjasama Mingguan Malaysia bertujuan mencari wanita yang mempunyai keyakinan diri serta personaliti menarik untuk menjadi inspirasi kepada wanita lain.

Menurut Pengarah Eksekutif One Drop Sdn. Bhd, Zetty Syazleen Ismail pencarian yang pertama kali diadakan itu ingin mencari wanita yang berkarisma, mempunyai personaliti menarik dan persona tersendiri yang boleh menjadi idola dan inspirasi kepada kaum wanita yang lain.

"Di samping itu, ia adalah satu cara untuk menghargai wanita yang telah banyak berkorban masa dan tenaga demi keluarga atau yang telah memberi sumbangan kepada negara demi merealisasikan impian masing-masing.

"Peraduan ini secara tidak langsung juga akan dapat mencungkil bakat atau kebolehan yang terpendam di dalam diri wanita yang selama ini tidak pernah berpeluang diketengahkan," ujarnya.

Pencarian yang akan berakhir pada 10 Oktober 2010 itu mencari wanita berumur dalam lingkungan 21 hingga 38 tahun, berpersonaliti menarik dan berkerjaya, mempunyai kebolehan unik yang boleh menjadi tarikan kepada orang lain.

Tidak terhad kepada wanita korporat, mereka yang berniaga kecil-kecilan atau bekerja sambilan digalakkan untuk menyertai peraduan ini.

Ini termasuk wanita yang berpendapatan sendiri dan mempunyai minat yang mendalam terhadap apa jua bidang yang diceburi.

"Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan yang disiarkan setiap hari Ahad di sisipan Kesihatan, Mingguan Malaysia. Pencarian ini diilhamkan menerusi ruangan Citra Wanita yang disiarkan di sisipan berkenaan," katanya.

Zetty berharap agar peraduan ini dapat menaikkan martabat wanita di mata masyarakat, dan menggalakkan mereka menceburi perniagaan.

Di samping dapat memakai produk yang bermutu tinggi, mereka juga boleh menambahkan pendapatan sendiri dan jika jualan dijalankan dengan serius dan berterusan.

"Kepada mereka yang ingin mengambil bahagian dalam peraduan ini, percaya diri anda. Jangan sia-siakan potensi yang ada dalam diri sendiri. Kejayaan untuk semua orang," nasihatnya.

Bagi pembaca yang ingin mendapatkan minyak wangi ini, boleh hubungi 03-20725555 untuk maklumat lanjut atau layari laman web www.onedropperfumes.com.

Hadiah utama yang bakal menanti juara termasuk wang tunai bernilai RM3,000, trofi, set barang kemas sumbangan Tomei, pakej pelancongan Poto Travel & Tour dan hamper One Drop Perfumes.

Sementara itu pemenang kedua dan ketiga, masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM2,000 dan RM1,00, set barang kemas sumbangan Tomei, pakej pelancongan Poto Travel & Tour dan hamper One Drop Perfumes.

Untuk keterangan lanjut mengenai peraduan ini boleh hubungi 03-92210202/03 (Lieya/Dino).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: