KESIBUKAN memenuhi undangan sesi fotografi dan jadual penggambaran yang padat sering kali memenatkan tubuhnya. Memandangkan tempoh kerja dan rehat kerjayanya yang tidak menentu, Nora Danish Hanif, 28, mengakui adakalanya dia mengalami keletihan sendi dan otot.
Biarpun mengamalkan diet seimbang, dan melakukan rejim senaman secara sistematik, lenguh-lenguh badannya masih dirasai. Namun situasi itu sejak dua tahun sudah pun berlalu. Kesakitan sendi dan otot yang dialami dapat ditanganinya dengan baik.
"Semuanya bermula sewaktu menjalani penggambaran drama Pendekar Lima di dalam hutan. Pada waktu itu saya sering terganggu dengan gigitan nyamuk khususnya di bahagian kaki. Gatal-gatal yang akibat gigitan nyamuk itu secara tidak langsung mengganggu konsentrasi lakonan.
"Disebabkan ketidakselesaan itu seorang kenalan menyarankan supaya saya menyapu seluruh badan dengan Losen Mustajab Pati Halia. Hasilnya cukup memuaskan. Bukan sahaja mengelakkan gigitan nyamuk malah badan terasa segar dan sihat," ujar Nora Danish mengenai rangkaian produk Losen Mustajab Pati Halia keluaran Dunia Herbs Sales & Marketing.
Losen berasaskan halia yang didatangkan dalam tiga jenis itu juga membantu melegakan ketegangan otot dan sendi sepanjang tempoh Nora mengandung. Atas faktor itu, ibu kepada Putera Raiqal Ramli Rizal Ashram Ramli itu mengambil keputusan untuk terus menggunakan Losen Mustajab Pati Halia selepas bersalin.
Mengurangkan selulit
"Sebelum ini saya berpendapat losen berasaskan herba hanya sesuai digunakan oleh wanita yang berumur 40 tahun ke atas. Rupa-rupanya tidak. Misalnya losen halia ini antara pilihan ideal buat remaja 20-an untuk tampil cantik, cergas dan sihat.
"Maklumlah golongan muda kini semakin sibuk dengan aktiviti harian. Jadi saranan saya sebelum tidur sapu losen di seluruh badan ataupun di bahagian-bahagian yang lenguh. Jika diamalkan selalu setiap pagi anda akan dapati badan terasa cergas. Lagipun seperti yang kita ketahui halia baik untuk kecantikan dan kesihatan luaran serta dalaman badan," kata Nora pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Dunia Herbs Sales & Marketing.
Selebriti berwajah comel itu menyifatkan Losen Mustajab Pati Halia juga membantu mengurangkan selulit.
Sehubungan itu, bagi mengekalkan bentuk badannya Nora kerap menggunakan losen tersebut di seluruh badan pada sebelah pagi dan malam. Namun enggan membiarkan bahagian luaran saja dijaga maka Nora turut mengambil lima kapsul Pati Halia Nightriem setiap malam untuk kesihatan dalaman badan.
Kapsul itu bertindak memecahkan lemak dan selulit serta menurunkan berat badan. Sementara itu, Pengasas Dunia Herbs Sales & Marketing, Rushdi Abdullah memberitahu, khasiat halia sememangnya diketahui sejak berkurun lamanya. Berdasarkan pengalaman beliau, Rushdi mendapati ibunya bukan sekadar menggunakan halia dalam masakan bahkan dalam minuman bagi melancarkan peredaran darah dan membuang angin dalam badan.
Selain itu halia yang ditumbuk dengan lada hitam dapat mengurangkan bengkak di kaki atau tangan. Faktor tersebut secara tidak langsung telah mendorong Rushdi untuk mengeluarkan produk berasaskan halia.
Sejak syarikat Dunia Herbs Sales & Marketing memulakan operasi lima tahun lalu pasaran produk syarikat tersebut semakin meningkat terutama produk perintis Losen Mustajab Pati Halia yang mula dipercayai pengguna di seluruh Malaysia.
"Kami telah menjalankan kerjasama bersama syarikat Best Product Establishment dari Arab Saudi yang bertindak sebagai syarikat tunggal dan rakan pengedar Dunia Herbs di Arab Saudi," tambah Rushdi tentang produk Dunia Herbs yang dijual di salon-salon kecantikan dan kaunter jamu di Indonesia, Singapura dan Bangkok.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: